Jumat, 25 September 2015

novel terbaru ku

Novel : Egonya Seorang Wanita 40 (vkn 33)

Novel : Egonya Seorang Wanita 40

17 September 2015
Kategori: Novel

Oleh : NIA HANI
ESW…BAB 40
Qazrina gadis yang lincah dan rancak, walaupun berbeza dengan course yang di ambil mereka sering bertukar idea agar mereka tidak ketandusan ilmu. Ada masa lapang, Qazrina akan menghubungi Syahnizam untuk keluar bersamanya di luar sambil mengulang kaji.
Berbeza dengan Aiman, Syahnizam lebih gemar membaca dari menghabiskan masa untuk bergurau senda. Ada saja buku yang akan di bacanya, saat pertama kali melihat Qazrina hati lelakinya tertarik untuk mengenali Qazrina dengan lebih mendalam.
Masih di ingati Qazrina yang sedang sibuk bermain dengan tennis. Aiman bersama Syahnizam berjalan beriringi. Mulut Aiman pot-pet-pot-pet membebel marahkan Syahnizam kerana sibuk membaca
Jeritan nama Aiman membuatkan mereka berdua lincah berpaling. Tidak berkelip mata Syahnizam bila matanya tertacap wajah Qazrina. Qazrina tersenyum manis sambil memandang Syahnizam. Qazrina berlari anak ke arah mereka, saat itu jantung Syahnizam tidak menentu.
Syahnizam memandang Qazrina dan Aiman bersembang. Selesa dan bunyinya macam rapat. Aiman memperkenalkan Qazrina sebagai sepupu rapatnya.
Sejak itu Qazrina dan dia sering berhubung. Qazrina sentiasa riang dan tersenyum walaupun dilanda masalah. Ayahnya Qazrina meninggal saat Qazrina sedang menduduki peperiksaan penting di semesta kedua namun hatinya tabah.
Dari sahabat timbul perasaan kasih dan saying lebih dari seorang sahabat. Persahabatan berubah menjadi percintaan. Mereka mentaksirkan kasih mereka sebagai adunan roti yang dibakar menjadi roti tersedap di Taiwan.
Hanya mereka sahaja yang faham maksudnya. Dua tahun mereka berkenalan mereka dan akhirnya memutuskan untuk bertunang, dalam masa yang sama Syahnizam mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran kedoktorannya di belgium.
Aiman semakin tersisih oleh dua orang yang paling dia saying dan semakin lama semakin menghilang. Aiman tersisih jauh dari mereka.
Saat kebahagiaan semakin hampir di kecapi, Qazrina memandu jauh semata-mata untuk mengambil Syahnizam yang baru tiba di airport. Syahnizam menunggu dengan perasaan gembira.
Malangnya Qazrina terbabas dilebuh raya. Talian terputus. Nama Qazrina dipanggil namun tiada sebarang jawapan. Syahnizam menyalahkan dirinya.
Suara ketawa Qazrina mengamit suasana walaupun mereka berada ditempat yang berbeza. Akhirnya Qazrina berhenti ketawa dan memejamkan matanya dengan erat dengan harapan dapat bertemu kekasih hati.
Semuanya hilang bergitu saja. Tiada majlis akad nikah dan tiada majlis persandingan semuanya di batalkan. Aiman juga sudah membuang Syahnizam dari kamus persahabatannya. Semuanya kerana percintaan tiga segi yang meragut hati salah seorang dari mereka.
Sebaik saja Qazrina memberitahu Aiman bahawa dia menyukai Syahnizam, Aiman terpaksa memadam kasih sayangnya kepada Qazrina dengan membiarkan hatinya terluka tanpa disedari.
“Syahnizam sana sikit boleh tak, Syah… Syah… SYAHNIZAM…” namanya dipanggil kuat.
“Eh! Kau ni boleh panggil elok-elok tak Min. Ni tak main jerkah je, ingat aku dah pekak ke?” marah Syahnizam.
Semua yang ada di situ tertawa begitu juga dengan Ila dan Qaish yang berada di pangkuan Syah turut tertawa.
“Aku panggil kau tak dengar, kau tenungkan apa tu?” Tanya Min.
Syahnizam menggeleng laju. Dia dengan kadar segera menyenduk nasi dan di jamahnya.
“Aku tau kau lapar bro tapi beradab lah sikit, kita ni tetamu, tuan yang mengajak pun tak senduk nasi lagi kau dah senduk, orang suruh kau ke sana sikit nak suruh si Ila ni duduk. Kau baca doa pun belum lagi tau-tau je dah makan.” terus Iris kawan Syahnizam.
“Buat malu je kau nie.” tegur Min sambil tersengih.
Syahnizam tertunduk malu, tersangat malu. Pinggan nasi yang ada ditelapak tangannya diletakkan semula di bawah. Ila tergelak besar. Rata-rata melihat Ila, setahu mereka tiada usikan yang lawak dibuat kalau ada lawak sekali pun tidak perlu menuntut Ila untuk ketawa sebegitu riang dan kuat.
Ernny dan Syah menggelangkan kepala. Mereka hanya menonton sudah lama Ila tidak bergelak seperti itu. Ernny dan Syah juga rindu akan hilai tawanya. Syahnizam lagi tertunduk malu bila ditawakan oleh Ila.
Ila memberikan Qaish kepada Ernny. Ernny hanya memerhati tindak tanduk Ila. Ila bangun dan menghampiri Syahnizam. Wajah kacak Syahnizam dipandang. Merah. Kawan-kawan Syahnizam juga pelik melihat gelagat Ila.
“Merah muka dia Ernny, tandanya dia malu.” Kata Ila.
Terangkat wajah Syahnizam. Memang benar merah padam muka Syahnizam menahan malu. Matanya tertacap tepat bola mata Ila. Ila segera melarikan bola matanya.
“Awak nak lauk apa, saya sendukkan?” Tanya Ila sambil memegang pinggan Syah.
Syah terdiam terbulat matanya melihat layanan Ila. Mau tidaknya dia berusaha untuk mengenali Ila sebelum ini, tiba-tiba saja di layan elok oleh Ila.
“Awak nak lauk apa, cepatlah cakap saya nak suap anak saya makan lagi.” Kata Ila tegas dan tiada riak senyuman. Kini wajahnya garang semacam.
“Ambil saja apa yang awak makan, sebab saya tolak batu dengan kayu.” kata Syahnizam
“Well… saya makan kangkung. Ni saya yang masak tau. Masak Asam pedas yang pekat ni pun hasil dari tangan saya, telur ni, ayam ni, nugget ni dan sambal belacan ni.” kata Ila
Terbeliak mata mereka semua. Penuh pinggan Syahnizam. Macam-macam yang diletakkan dalam pinggan Syahnizam. Tertelan air liur Syahnizam dibuatnya.
“Saya tak boleh makan banyak nanti saya muntah.” kata Syahnizam ketika Ila menghulurkan pinggan yang penuh.
Ila ketawa riang. Ernny dan Syah tersenyum. Sudah lama mereka mendambarkan keriangan Ila. Kalau dulu ada saja kata-kata Ila yang membuatkan semua orang rasa Ila seperti orang yang tidak waras namun semua rakan-rakannya bahagia disamping dirinya.
“Saya tak buat lawak pun.” Wajah Syahnizam masih lagi merah padam.
“Taklah, sepatutnya saya yang malu sebab saya dating sendukkan awak lauk. Kalau awak tak habis lauk ni awak boleh buang sebab saya kalau masak orang lain mesti tak kan makan.” riang Ila.
Pucat wajah mereka. Ila hanya memerhati sambil meneruskan ketawanya.
“Saya melawak saja.” kata Ila sambil berlalu meninggalkan tempat itu dengan sisa ketawa.
“Jangan marahkan dia, senyuman dan ketawanya sudah lama dimatikan. Hidup yang tragis telah mematikan semua kegembiraannya. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu namun setiap malam dia akan mengadu kepada Allah tentang untung nasib dirinya dan anaknya.” Kata Ernny
Syahnizam dan yang lain tersentuh. ‘Tragis apa yang dimaksudkan kawan Ila ini?’ syahnizam berbisik sendiri.
“Ila tak macam yang saya kenali dulu. Dulu diwaktu sekolah semasa baru berkenalan dengannya dia sentiasa tampak riang dan turut merasa kesedihan kawan-kawannya. Apa yang budak lain ada, dia tak ada.
Hidup serba kekurangan, pernah dalam setahun tu dia memakai baju tahun yang lepas dan beg yang dijahit. Bukan keluarganya tak mampu tapi hanya dia seperti dipinggirkan keluarga.” kata Syah.
“Dia dah sampai, berhentilah dari bercakap pasalnya.” Kata Ernny menyambung.
Mereka yang kusyuk mendengar hanya terdiam memandang Ila. Semua dah sudah di senduk Cuma mengharapkan Syah untuk membaca doa. Nasi Qaish disenduk di dalam mangkuk.
Syah membaca doa dan menjemput teman-teman yang baru dikenalinya. Ila pula sibuk melayan Qaish. Qaish yang mula-mulanya nakal dan makan main-main akhirnya diam seperti memahami kepenatan Ibu yang melayan karenahnya.
“Ila tak makan ke?” tanya Syahnizam. Mereka memandang Ila yang leka menyuapkan nasi dimulut anaknya.
“Kejab lagi Ila makanlah, Ila nak bagi Qaish dulu makan nanti ada masa senang kejab lagi Ila makan.” kata Ila.
Syahnizam bangun menghampiri mereka berdua. Ernny dan yang lain hanya memandang sambil tersenyum. Ila hanya memandang tapi kali ini lebih kepada senyuman.
Syahnizam duduk dekat dengan Ila. Dia menyuakan nasi ke mulut Ila. Terkejut Ila dan semua yang ada. Dulu dengan Qazrina pun Syahnizam tak pernah nak bersuap tapi lain pula kali ini.
Mereka tau Ila sudah menjadi gadis kesayangannya. Mungkin Ila seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.
“Kenapa Syahnizam, Ila kata kejab lagi Ila makanlah, Syahnizam tak malu ke semua kawan-kawan Syahnizam tengok?” Ila terkejut
“Kenapa pula nak malu, walaupun kita ni baru kenal tapi tak salahkan.” kata Syahnizam.
Mulanya Ila tak mahu tapi Syahnizam berkeras untuk menyuapnya dan akhirnya Ila membenarkan. Hampir menitis air matanya di kala jari jemari milik Syahnizam masuk ke dalam mulutnya.
Syahnizam tersenyum. Dia tahu mungkin Ila telah berlembut hati. Usai makan mereka mengemas. Syahnizam menawarkan diri untuk menghantar Ila balik tapi dihalang keras oleh Ila. Ernny dan Syah juga risau. Takut Aiman nampak.
Tapi memandangkan Ernny terpaksa ke tempat kerja Ila mengalah. Bunyi rentak jazz dipasang. Ia mendengar dengan tenang. Sejak apa yang berlaku dua tahun yang lepas dia sudah tidak dengar muzik Semua muzik yang menjadi kegemarannya akan mengimbaskan dia pada Aiman.
Kereta milik Syahnizam berhenti diperkarangan kondo Ila. Mereka berjalan beriringan keluar dari kereta. Qaish yang sedari tidur terus terjaga.
“Terima kasih ya, Syahnizam sebab sudi menghantar saya balik.” kata Ila ramah.
“Tak ada masalah. Panggil saya Syah tak pun ijam.” Kata Syahnizam sambil memegang tangan Ila.
Ila cuba untuk melepaskannya tapi tak berdaya. Wajah Ila kelat. Takut dilihat Aiman. Walaupun Aiman bekas suaminya dia masih lagi hormat dengan Aiman. Dia tak boleh mencintai orang lain selain Aiman.
“Lepaskan tangan kau dari dia!” arah seseorang.
“Pa… pa…” suara Qaish kedengaran. Serentak merek berpaling. Berderau darah Ila melihat Aiman terjegat dipagar kondo.
Syahnizam pula bagaikan tidak menjangka akan dipertemukan dengan insane yang saling dikenalinya. Aiman memandang bengis terhadap Syahnizam.
“Aku cakap lepaskan tangan dia, tak faham ke?” Aiman menghampiri. Qaish didukungnya.
“Tapi…” belum sempat Syahnizam bercakap Aiman dengan segera menarik kasar tangan Ila.
“Apa ni, sakitlah. Lepaslah. Kau tak berhak buat aku macam ni dengan siapa aku nak keluar ke nak berjumpa ke kau tak ada hak nak halang.” Ila merentap tangannya.
Aiman tercabar dengan sikap Ila.
“Aku memang bukan sesiapa pun dalam hidup kau, aku dah bagi amaran hari tu. Dah, aku kata masuk-masuk!” Tengking Aiman.
Ila akhirnya akur dan mengikut Aiman naik ke rumah. Aiman hanya memandang Ila geram. Ila tahu apa yang akan terjadi kalau Aiman memandang sebegitu. Walaupun mereka bercerai Aiman mahu Ila di jaga dengan rapi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar